Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Sharifah Fatma Nour Jamalulail… Sedapnya Nama Anak Sulung Dai Syed & Hana Ismail

today16 August 2024

Background

Genap seminggu berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak sulungnya, penyanyi dan pendakwah Da’i Syed sekali lagi berkongsi nama cahaya matanya itu.

Menurutnya, dia dan isteri, Hana Ismail sepakat memilih nama Sharifah Fatma Nour Jamalullail kerana mempunyai makaud yang baik dalam Islam.

“Perkenalkan Sharifah Fatma Nour Jamalullail dilahirkan pada 14 Ogos 2024 bersamaan dengan 9 Safar 1446H.

“Sharifah bermaksud yang mulia, Fatma adalah pemberian dan Nour adalah cahaya,” kongsinya menerusi hantaran di Instagram pada Khamis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYED IQMAL ? (@daisyed_)

Terdahulu, pada Rabu lalu, Da’i Syed memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan secara normal.

“Syukur pada Allah atas kelahiran puteri sulung kami, dan isteri bersalin secara normal Alhamdulillah,” katanya.

Sebelum ini, Hana Ismail pernah melalui fasa kecewa dan sedih selepas mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah 10 minggu.

Bagaimanapun, dia tetap bersyukur dirinya mempunyai ahli keluarga yang sentiasa memberikan semangat.

Written by: Salma


Previous post