Site icon Hot FM

Sharifah Sakinah Jawab Tuduhan Jahat Teguk Ar*k

“Kalau mereka fikir benda itu arak, lantaklah kau orang”.

Demikian respons pelakon versatile, Sharifah Sakinah ketika disoal mengenai tindakannya memegang minuman didakwa arak ketika hadir pada sebuah acara sebelum ini.

Kata Sakinah, dia tidak kisah sekiranya warganet beranggapan minuman tersebut adalah arak dek kerana menganggap masing-masing mempunyai pendapat tersendiri.

“Kalau kita nak buat jahat, kita tak payah buat terang-terangan.

“Kalau mereka fikir benda itu arak, lantaklah kau orang, kalau nak husnuzon, husnuzon lah…Kita serahkan segalanya kepada mereka.

“Tapi kita takkan pernah boleh tutup mulut netizen dan saya tak pernah reply,” katanya ketika ditemu bual bersama program Melodi.

 

Dalam pada itu, adik kepada Sharifah Shahirah ini memohon agar peminat dan individu di luar sana sentiasa berkata baik malah,  tidak mudah menjatuhkan hukum terhadap orang lain.

“Tolong berkata yang baik. Apa pun, kita tak boleh nak judge orang.

“Berpakaian seperti itu, kehidupannya seperti apa.. tapi nasionalisme tu tetap tinggi,” jelasnya.

YouTube video player
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Bukan Orang Yang Menjual Cerita Peribadi Untuk Dapat Engagement”- Sharifah Sakinah
ARTIKEL BERKAITAN:Makin ‘Hot’! Sharifah Sakinah Akhirnya Pamer Aksi Mesra Bersama Suami Baru
ARTIKEL BERKAITAN:Rahsiakan Identiti Suami, Sharifah Sakinah Sah Kahwin Kali Ketiga
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Ucap ‘Happy Birthday Sayang’, Pelukis Grafiti Terkenal Perancis Suami Baru Sharifah Sakinah?
ARTIKEL BERKAITAN:“Tergamak Korang” – Netizen Terhibur, Dakwa Muka Sharifah Sakinah Persis Isteri Fizi Ali
Exit mobile version