Umum mengetahui, hati pelakon Sharnaaz Ahmad dimiliki oleh aktres baharu, Amelia Christie selepas kerap berkongsi momen manis bersama di laman media sosial.
Menerusi temubual bersama Melodi TV3, Sharnaaz berkata dia tidak mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga lagi selepas perkahwinan pertamanya terlerai.
Jelas aktor filem Polis Evo 3 ini, dia tidak mahu memberi sebarang perianjian terhadap kekasihnya kerana bimbang, akan menyakitkan hati mana-mana pihak.
“Saya tak ada lagi perancangan lagi untuk mendirikan rumah tangga selepas penceraian.
“Ya, saya berkahwan dengan gadis itu (Amelia), tak ada apa nak sorok-sorok.
“Tetapi ke arah yang lebih mana tu tak tahu lagi. Saya tak nak menjanjikan sesuatu yang akan menyakitkan hati sesiapa.
“Nawaitu saya untuk anak saya, saya nak kerja, buat yang terbaik dalam kerjaya dan perniagaan saya,” ujarnya.
Mahu Amelia Berjaya Dalam Bisnes
Sementara itu, Sharnaaz berharap kekasihnya akan berjaya dalam bidang bisnes yang bakal diceburinya.
“Untuk Amelia, sudah tentu saya nak tengok dia maju dalam bisnes yang bakal diceburi. Dia pun muda, baru 23 tahun.
“Saya nak tengok dia melangkah lebih jauh, itu saya punya perancangan. Kahwin?
Tak ada lagi,” katanya.
Kerap berkongsi video anaknya, Jebat Jayden bersama kekasihnya, Sharnaaz bersyukur Amelia pandai dan rajin melayan anak tunggalnya itu.
“Jebat ok, dia memang suka dengar: Amelia.. dia pandai dan suka melayan budak. This is a good sign.
“Nombor satu, dua dan tiga anak saya jadi bagi menang hati anak saya dulu, tapi bila dia cakap ‘Baba, cancel’ sorry lah,” tuturnya.
Sebelum ini, Amelia memuji Sharnaaz seorang yang sangat tegas dan mendedahkan pertemuan pertama kali mereka di set penggambaran.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puji Sharnaaz Ahmad Sangat Tegas, Amelia Christie Dedah Momen Awal Perkenalan – “Masih Mengenal Hati Budi…”
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharnaaz Ahmad Terbuka Tentang Poligami – “Dalam Al-Quran Lelaki Boleh Kahwin Empat”
Artikel Berkaitan: Didakwa Sudah Ada Kekasih, Sharnaaz Ahmad & Shukri Yahaya Sakat Zizan Razak Ketika Live – “Dia Pun Ada Marka”