Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Sharnaaz Ahmad Tegur Azhar Sulaiman Isu Pertikai Strategi Perang Tentera Hamas

today30 October 2023

Background

Pelakon Azhar Sulaiman melontarkan pendapatnya dengan menyatakan bahawa Ketua Hamas tidak mempunyai kebijaksaan seperti Panglima Perang Islam dulu dalam menangani konflik yang bergolak antara Palestin dan Israel.

Malah, dia juga mempersoal tentang strategi perangan tentera Hamas selepas ramai rakyat Palestin yang terkorban.

β€œKetua Hamas tidak mempunyai kebijaksanaan seperti Panglima Perang Islam dahulu. Lepas berjaya membuat serangan mengejut terhadap Israel… Then what?

β€œBuat apa pergi berperang bila tiada strategy to continue fighting lepas 1st wave striked.

β€œKejarlah kematian syahid dengan kebijaksanaan dan bukan dengan kedangkalan or bersikap selfish nak mati syahid tapi rakyat Palestine jadi mangsa,” tulisnya dalam sebuah hantaran.

Manakala, menerusi hantaran lain, Azhar juga menyatakan bahawa Israel tidak dapat dikalahkan sehingga turunnya Imam Mahdi dan dia meminta orang ramai untuk membantu Palestin dengan memboikot produk yang menyokong ekonomi Israel serta menjaga solat.

Azhar Sulaiman

Susulan kenyataannya itu, pelakon Sharnaaz Ahmad tampil membidas pandangannya dan mempertikai semula hantarannya itu.

β€œApa maksud abang? Saya dok perati setiap message abang. Depa berjuang untuk agama… kita tekan hp dan menilai strategi depa? I have full respect on u brother always will… but saya dok tahan dari message abang. But please give support and doa is just enough… Apa maksud abang facts bout israel tak akan kalah sehingga imam mahdi sampai dalam hayat ini? How do u know? Have faith sebab kita tak tau pengakhiran kita… still respect and always will my big brother… I love u… HANYA ISLAM YANG BOLEH PERTAHANKAN ISLAM SEKARANG INI…

β€œHamas bijak atau tidak, DEPA YANG ANGKAT SENJATA DAN PERTAHANKAN TANAH AIR DEPA. Pertahankan Islam. Kita?? BELUM TENTU KITA MAMPU BILA MUSUH 1000 kali ganda lebih kuat dari kita. PINCANG STRATEGI BILA KECUT PERUT DENGAN MUSUH… HAVE SOME FAITH FOR HAMAS AND AL QASSAM.

β€œU can contact me and debate all day long my brother… I WILL STAND WITH HAMAS AND AL QASSAM AND ISLAM… THEY DIE FOR ISLAM… Kita belum tentu lagi mati seMulia depa… take note my darling brother,” balas Sharnaaz.

komen sharnaaz ahmad

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

Saya dah okay – Bas Dost

Alkmaar: Penyerang NEC Nijmegen, Bas Dost yang rebah pada perlawanan Liga Eredivisie Belanda menentang AZ Alkmaar semalam, meredakan kerisauan penyokongnya apabila mengesahkan dia kini berada dalam keadaan sihat.

today30 October 2023