Pelakon, Shera Aiyob selesai menjalani pembedahan membuang ketumbuhan ‘cyst’ sebesar 8 sentimeter (cm), pada 12 Mac, Selasa lalu.
Isteri kepada aktor Zahiril Adzim ini berkongsi perkara berikut menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan dia dimasukkan ke wad selepas mengalami kesakitan di perut.
“Saya berasa sakit perut yang teramat sangat kira-kira jam 2 pagi sampai dada berasa sempit dan tak boleh bernafas.
“Saya sampai di bahagian kecemasan hospital pada jam 3.30 pagi dan terus dimasukkan ke wad,” katanya.
Shera berkata dia mendapat tahu mempunyai ketumbuhan sebesar 5 cm selepas membuat pemeriksaan di klinik pada November lalu.
Lebih membimbangkan, Shera menjelaskan dia merancang untuk membuat pembedahan selepas sambutan raya namun selepas pemeriksaan doktor mendapati berkemungkinan besar ‘cyst’ tersebut sudah ‘ruptured’.
“Saya berasa seriau tapi terpaksa menjalani pembedahan berkenaan.
“Terpaksa menjalani pembedahan itu selepas sakit perut teramat sangat dan pembedahan terpaksa dijalankan segera pada 12 Mac lalu.
“Dalam jam 11 malam, doktor melakukan bius dan pembedahan mula dijalankan. Saya hanya dikejutkan pada jam 1.30 pagi dan diberitahu pembedahan sudah selesai,” tulisnya lagi.
View this post on Instagram
Artikel Berkaitan: Diminta Untuk Beraksi Ranjang, Zahiril Adzim Tolak Tawaran Produksi Hollywood Demi Prinsip & Agama