Kuala Lumpur: Penang FC gagal memanfaatkan peluang beraksi di tempat sendiri apabila hanya mampu seri 1-1 menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), malam ini.
Pada perlawanan di Stadium Bandaraya itu, tuan rumah terlebih dahulu di depan pada minit ke-11 menerusi jaringan Endrick Dos Santos selepas penjaga gol Kedah, Shahril Sa’ari gagal menangkap kemas bola rembatan Casagrande.
Padang yang becak menjejaskan kelancaran jentera serangan kedua-dua pasukan dan keputusan 1-0 kekal sehingga tamat…