Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Shila Amzah Kembali Beraksi, Berentap Dalam Pertandingan Di Negara China

today9 September 2024

Background

Penyanyi, Shila Amzah kembali bertanding dalam sebuah program televisyen, Singing With Legends musim ke-6 di China.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah, berharap orang ramai untuk mendoakan kejayaannya dalm pertandingan itu.

“Doakan kejayaan saya. Semoga dilancarkan perjalanan saya yang baru ini,” katanya.

Sementara itu, Shila turut memaklumkan rancangan tersebut akan ditayangkan dan juga boleh distrim melalui aplikasi YouTube.

Menjengah ke ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan peminat memberi kata-kata semangat kepada pelantun lagu popular Patah Seribu ini.

Difahamkan pertandingan Singing With Legends adalah program nyanyian mengandingkan penyanyi legenda bersama bakat muda di pentas sama.

Sekadar info, sebelum ini Shila dinobatkan sebagai juara dalam program Asian Wave pada 2012 dan terus mencipta nama di China selepas menyertai I Am A Singer pada 2014.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shila Amzah Pelik Tercalon Top 20 Artis Sensasi Popular ABPBH – “Saya Adalah Penyanyi, Tolong Undi Orang Lain, Jangan Saya…”

Written by: Aqilah


Previous post