Penyampai radio dan pelawak Shuib meneruskan tindakan undang-undang terhadap pengguna Facebook yang dikenali dengan nama John Dihani selepas mendakwa Allahyarham Siti Sarah Raisuddin ‘tak nak ditidurkan’ ketika dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Ketika ditemui OhBulan!, Shuib menyatakan dia mempunyai maklumat lengkap mengenai John Dihani termasuk alamat rumah dan nombor telefon.
Kata Shuib, 39, tindakan John Dihani sangat biadab kerana telah menabur fitnah yang melampau.
Saya sudah minta peguam saya untuk hantar satu surat kepadanya, rasanya dia pun dah terima surat itu.
Dalam mesej yang dihantar, dia ada cakap nak jumpa saya, tetapi saya rasa nak jumpa dia di mahkamah sahaja.
Shuib berkata demikian ketika sidang media tergempar yang diadakan di Bubble Bee Bandar Sri Permaisuri, pada Selasa.
Dalam pada itu, pemilik nama Shahmira Muhammad menekankan tindakan undang-undang yang diambil untuk memberi pengajaran kepada…