Isu & Kontroversi
Selepas terpalit dengan kontroversi video mengaibkan aktres Raja Farah, pelawak dan pengacara Shuk Sahar terus-menerus menjadi tumpuan ramai. Kali ini, Shuk didakwa ‘menggatal’ dengan seorang wanita yang menjadi tetamu jemputan ketika hadir ke konti radio pada tahun 2020.
Artikel Berkaitan: Bersungguh Minta Fauzi Cerita Watak Perogol, Netizen Gesa Shuk Sahar Diboikot Dari Industri – ‘Artis Macam Kim Seon Ho Pun Dah ‘Cancelled’
Enggan mendiamkan diri, Shuk tampil berkomunikasi dengan wanita terbabit yang dikenali dengan nama Ayu Aziz. Menerusi akaun Instagram, Shuk menghantar kiriman mesej (DM) meminta penjelasan daripada wanita itu berkenaan dakwaan yang dilemparkan.
Pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar turut menafi dia mengenali dan pernah menemu bual wanita tersebut seperti yang didakwa.
Salam. Maaf ya ada terbaca Twitter awak kata saya pernah flirt double meaning dengan awak. Bila tu ya sebab setahu saya sepanjang saya di radio saya tak…