Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Shukri tak jangka ada rancangan di sebalik persahabatan

today25 December 2025

Background


Adun Sanglang, Shukri Ramli, melepaskan jawatan menteri besar Perlis petang tadi, susulan laporan lapan Adun tarik balik sokongan kepadanya. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Bekas menteri besar Perlis, Shukri Ramli, langsung tidak menjangka ada rancangan untuk menumbangkan beliau di sebalik persahabatan dengan wakil-wakil rakyat terlibat.

Adun Sanglang itu melepaskan jawatan menteri besar petang tadi, berlatarkan kemelut yang tercetus apabila lapan Adun Perikatan Nasional (PN) — dikatakan lima daripada Bersatu dan tiga PAS — menarik balik sokongan kepadanya.

“Kesilapan sayalah terlalu baik dan terlalu menghargai persahabatan ini dan kita tidak langsung menjangkakan bahawa persahabatan ini yang menyebabkan kita dilakukan sedemikian,” katanya pada sidang media mengumumkan peletakan jawatan.

Shukri mendedahkan bahawa beliau masih melihat mereka sebagai sahabat, sebelum peristiwa yang menurutnya ‘tiba-tiba terjadi’.

“Maklumat langsung tidak dapat dikesan tiba-tiba terjadi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dineskumar Ragu


Previous post