Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku Shukri Yahaya bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Berita gembira itu diumumkan oleh isterinya, Tya Adnan menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di Instagram.
Menerusi rakaman itu, jelas Shukri begitu teruja bakal menimang anak lelaki selepas membuka sebuah kotak besar berisi belon di dalamnya yang tertulis baby boy.
Sebelum ini, Tya mendedahkan dirinya hamil anak kedua ketika menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada November lalu.
Pasangan itu memiliki seorang anak perempuan, Aaira Ameena yang kini menginjak usia empat tahun.
Wah, seronok lah Aaira tak lama lagi bakal dapat adik lelaki dan menjadi kakak!