Hot FM

“Shut Your Mouth & Piss Off”- Little Miss Khan

Pempengaruh media sosial popular, Ameera Khan tampil memberikan respons susulan dakwaan yang mengatakan dia kini sedang bercuti di Bali bersama Meerqeen.

Menurut adik kepada Neelofa ini, dia menafikan dakwaan tersebut, sekaligus memaklumkan kedatangannya ke Bali ditemani sepupu, pemandu dan pengawal peribadinya.

“I am in Bali with my cousin, Aisha. A bodyguard and a driver. Just four of us,” katanya.

Perkara itu dikongsi Ameera menerusi ruangan Instagram Stories miliknya.

Dalam pada itu, Ameera yang lebih dikenali sebagai Little Miss Khan turut mendedahkan, dia telahpun mempunyai teman lelaki yang kini berada di London.

“I have a boyfriend and he is in London. I don’t have to explain myself. But some of you guys are just too much. Shut your mouth and piss off,” jelasnya.

Terdahulu, Ameera seakan bengang apabila rata-rata dalam kalangan pengikutnya bertanyakan soalan sama iaitu mengaitkan percutiannya ke Bali bersama Meerqeen.

Sebelum ini, Ameera pernah menjelaskan hubungannya bersama aktor itu hanyalah sekadar teman rapat sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Keluar ‘Dating’ Ketika Berada Di Paris, Kelibat Ameera Khan & Meerqeen Cetus Spekulasi – “Sepadan! Tapi Nak Dengan LMK Poket Kena Tebal”

ARTIKEL BERKAITAN:Sering Tular Video Mesra Bersama, Ameera Khan Perjelas Gosip Dikatakan Bercinta Dengan Meerqeen

Exit mobile version