
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan mencetak baju-T yang memaparkan lakaran dan tulisan ‘#TanganGhaib’.
Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) memaklumkan perkara itu menerusi ruangan InstaStory akaun Instagram miliknya, malam tadi.
“Baju-T baharu saya dicetak esok. Siapa nak DM. Boleh didapati di JDT Online Store tidak lama lagi! Nantikan,” tulis TMJ pada ruangan InstaStory beserta gambar lakaran baju-T berkenaan.
Menurut laporan Berita Harian, tidak dapat dipastikan sama ada perkara itu benar-benar akan dilakukan atau sekadar gurauan daripada TMJ yang juga bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Namun, ia dipercayai berpunca daripada segelintir pihak yang membuat spekulasi dengan mengaitkan beliau…