
Bagi pemilik kenderaan diesel persendirian di Semenanjung Malaysia, ada berita yang pastinya melegakan poket anda. Mulai 27 Jun ini, anda sudah boleh mula menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.15 seliter melalui akses awal program BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel).
Langkah awal ini diumumkan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, sebagai persediaan rapi sebelum program tersebut dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara pada 1 Julai…