
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dikecam atas rancangan kerajaan negeri menyahwartakan sebahagian kawasan hutan simpan Bukit Cherakah bagi mengelakkan risiko dikenakan tindakan undang-undang oleh syarikat yang mempunyai kepentingan di situ.
Sebaliknya, dua peguam berkata, Amirudin sepatutnya menyiasat kenapa kelulusan “haram” diberikan dan pegawai awam mana yang terlibat.
Seorang aktivis alam sekitar turut mempersoalkan sama ada Amirudin yakin tiada rasuah atau penyalahgunaan kuasa ketika kelulusan itu diberikan.
Peguam, Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh Sohanpal mewakili beberapa pertubuhan yang memohon semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri menghapuskan perlindungan hutan simpan daripada sebahagian tanah di Bukit Cherakah.
Semalam, Amirudin dilaporkan berkata, jika…