Hot FM

Siasat menteri Bersatu jika dakwaan terbabit skandal LCS berasas, kata Muhyiddin



Muhyiddin Yassin berkata, Bersatu menjunjung prinsip integriti dan ketelusan dan akan akan menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak berkuasa sekiranya dakwaan itu berasas.

PETALING JAYA: Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menyeru sekali lagi supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat skandal perolehan kapal tempur pesisir (LCS) dengan lebih menyeluruh.

Beliau berkata, sebagai sebuah parti yang menjunjung prinsip integriti dan ketelusan, partinya akan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan itu sekiranya berasas.

“Saya memandang serius penemuan laporan audit forensik yang telah diterbitkan mengenai skandal LCS yang antara lain menimbulkan dakwaan penglibatan seorang menteri Bersatu dalam skandal tersebut.

“Menteri berkenaan telah mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan beliau,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Abd Latiff Ahmad…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version