
Kemajuan siasatan kes membabitkan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob sekadar 15%-20% setakat ini, menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketua Pesuruhjaya Azam Baki menjelaskan siasatan melibatkan pengisytiharan harta sememangnya akan mengambil masa.
“Mengisytiharkan satu hal, yang pentingnya dari segi memastikan apakah yang diisytiharkan itu benar atau tidak,” katanya ketika ditemui di satu persidangan anti-rasuah.
Azam juga berkata SPRM akan memanggil Ismail dalam tempoh lebih kurang dua minggu lagi kerana ia ada minta pemimpin Umno itu sediakan beberapa dokumen.
Ismail selesai beri keterangan untuk kali kesembilan pada 25 Apr lalu, untuk menyambung rakaman memandangkan beliau dianggap suspek dalam siasatan melibatkan empat bekas pegawainya.
Ismail mengisytiharkan harta kepada SPRM pada 10 Feb dan mula disiasat agensi itu pada 19…