
IPOH: Siasatan berhubung kes buli lima pelatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Kuantan kini di peringkat akhir.
Panglima Tentera Udara, Jeneral Asghar Khan Goriman Khan, berkata individu didakwa terlibat dalam kes memukul pelatih itu akan dipanggil semula untuk disoal siasat polis.
“Jadi, kita tunggu siasatan polis dan tindakan akan diambil dalam masa terdekat,” katanya selepas menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda (PjM) Udara Siri 66/2023 di Akademi Tentera Udara di sini.
Beliau menegaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara am dan TUDM khususnya tidak berkompromi dengan kes buli melibatkan anggota dan pegawainya.
“Berdasarkan peraturan sedia ada dan undang-undang ATM, sesiapa yang melakukan pembulian akan diambil tindakan tegas, termasuk…