Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Siasatan MYAirline: Polis tahan suspek ke-4

today23 October 2023

Background


Pengarah JSJK Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek yang ditahan awal pagi tadi adalah seorang lelaki Melayu berusia 40-an, pemegang saham dalam sebuah syarikat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis menahan suspek keempat berhubung siasatan ke atas syarikat penerbangan tambang murah MYAirline Sdn Bhd yang menggantung operasinya secara mengejut 12 Okt lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek, seorang lelaki Melayu berusia 40-an yang merupakan pemegang saham dalam sebuah syarikat, ditahan di rumahnya awal pagi tadi.

Suspek akan dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang, Kuala Lumpur untuk tahanan reman, menurut Ramli.

“JSJK telah merampas 12 kenderaan dari dua suspek, dokumen berkaitan i-Serve Technology dan Vacation Sdn Bhd, enam jam tangan mewah, lapan beg tangan mewah, dua komputer riba, satu CPU dan 10 barang kemas,” katanya dalam kenyataan.

Pada 17 Okt, pengasas bersama MYAirline Goh Hwan Hua bersama dua ahli keluarganya ditahan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post