
PETALING JAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Shahidan Kassim mencadangkan supaya proses siasatan pengambilan tanah di Kampung Bharu ditangguhkan ke tahun depan bagi membolehkan rundingan di antara pemaju dan pemilik lot flat PKNS Sungai Baru berhubung isu pampasan mencapai persetujuan.
Dalam kenyataan, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) berkata keputusan itu dicapai selepas rundingan bersama Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pemaju dan penduduk PKNS Sungai Baru, baru-baru ini.
“Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) melalui PKB bertindak sebagai fasilitator bagi membantu melancarkan pelaksanaan pembangunan semula ini selaras fungsinya yang dinyatakan dalam Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (Akta 733).
“Menteri Wilayah Persekutuan akan…