
Sebarang siasatan terhadap dakwaan melibatkan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mestilah dijalankan secara bebas, tanpa pengaruh eksekutif mahupun politik, kata Badan Peguam.
Presidennya, Ezri Abdul Wahab berkata, walaupun badan profesional itu tidak mengambil pendirian berhubung merit mana-mana dakwaan, ia menegaskan bahawa persoalan fakta perlu ditentukan melalui proses undang-undang yang sewajarnya, dan berasaskan keterangan.
“Sebarang semakan atau siasatan mestilah terbukti bebas daripada pengaruh eksekutif atau politik.
“Keyakinan awam tidak boleh bersandar pada jaminan semata-mata. Ia mesti bersandar pada proses,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, standard akauntabiliti tidak seharusnya berubah mengikut kedudukan politik, dan integriti institusi mesti dipelihara, khususnya pada saat-saat getir.
Satu…