Keakraban pelakon, Uqasha Senrose bersama adik beradiknya, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose memang jelas terpancar apabila sering memuat naik gambar bersama.
Terbaru, Uqasha memuat naik sekeping foto mesra bersama Nelydia di laman Instagram beserta kata-kata manja.
Menerusi perkongsian tersebut, dia berharap hubungan mereka sebagai ‘kakak dan adik’ tetap utuh walau apa pun yang terjadi.
“I hope you’ll always be my baby sister, tak kisah lah dah kahwin ke ada anak ke cucu ke. Tau? Promise?,” katanya.
Dalam pada itu, Uqasha juga berharap masih dapat tidur bersama-sama walau pun mereka masing-masing sudah menempuh alam dewasa dan mempunyai kehidupan sendiri.
“I hope i can still sleep whenever i want to! Love you B,” katanya lagi.
So sweet! Sebelum ini, Nelydia memberi bayangan akan menamatkan zaman solonya tidak lama lagi bersama seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Hafiz.
Betul ke? Sama-sama kita nantikan.