Penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz kini dilihat semakin bahagia dan kembali bersemangat meskipun melalui eposide duka dalam kehidupannya selepas bercerai dengan aktres, Bella Astillah.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Aliff memuat naik foto ‘selfie’ bersama guru yang mengajarnya teknik ‘spin’ sukan bowling.
“My mentor, my teacher for spinner bowling style. Thank you for this first session coach. I am so happy and motivated to practice this style that I love so much. Great teaching! To more lessons coach!,” tulisnya.

Sementara itu, berdasarkan muat naik lain di IG, pelantun lagu popular Sayang Sayang itu berkongsi video dirinya bermain bowling dengan membuat teknik ‘spin’.
“My first spinner release as a newbie. Thank you coach!,” katanya lagi.

Sekadar info, Aliff mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Bella Astillah pada 9 September 2016.
Bagaimanapun, pasangan ini disahkan bercerai pada 13 Jun lalu selepas isu tangkap khalwat Aliff dan Ruhainies tular.
Artikel Berkaitan: “Daddy Misses You Beyond Words”- Aliff Aziz
Artikel Berkaitan: Ibu Aliff Aziz Dedah Tidak Dapat Berjumpa & Bercakap Dengan Cucu -“We Will Not Stop Trying To See You”
Artikel Berkaitan: “Ni Ke BF Yang Nak 1 On 1 Tu?” – Aliff Aziz ‘Repost’ IGs Ruhainies Raih Perhatian