Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR Amidi Abdul Manan berkata Parlimen adalah tempat bagi semak dan imbang kerana dari situlah punca peraturan dan undang-undang digubal.

PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang perlu diingatkan tentang keberkatan pendapatan susulan tindakannya yang ‘sibuk beraksi dengan berpidato’ tetapi tidak hadir ke sidang Parlimen, kata Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR Amidi Abdul Manan.
Amidi berkata, Islam menitikberatkan soal kesucian dan keberkatan pendapatan.
“Pimpinan PKR hanya mahukan keikhlasan dan kesungguhan wakil rakyat Marang dan beberapa Ahli Parlimen dari PN untuk hadir ke sidang Parlimen.
“Maka apa alasan untuk kita mengambil pendapatan sedangkan kita tidak melaksanakan tugasan yang diwajibkan ke atas kita,” katanya…