Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Sibuk Dengan Kerjaya Seni, Janna Nick Rancang Mahu Anak Berzodiak Libra

today7 July 2023

Background

Pelakon jelita, Janna Nick berharap anak pertamanya akan lahir sekitar bulan sembilan hingga sepuluh kerana mahukan zodiak anaknya Libra.

Janna ketika ditemui baru-baru ini berkata jadual kerjayanya penuh sehingga hujung tahun ini.

“Kita merancang, jujur saya cakap perjalanan karier seni saya penuh sampai hujung tahun. Jadi ruang untuk kita ada cahaya mata tu kalau diberikan rezeki Alhamdulillah.

“Seboleh-bolehnya saya nak anak saya lahir tahun libra. Sekarang libra dah tak sempat kan, so Insya-Allah tahun depan. Itu kalau ada rezeki saya nak baby saya Libra,” katanya.

Janna yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 10 Jun lalu bersama pilihan hatinya itu mengakui masih cuba untuk menyesuaikan diri dengan status isteri kepada pelakon Dini Schatzmann.

“Masih lagi nak adjust lifestyle dulu bujang, sekarang ni dah rumah tangga. Bila orang kata tahniah tu macam blushing.. nak sebut suami pun macam malu,” ujarnya lagi ketika ditemui di tayangan perdana filem Jemputan Ke Neraka.

Sebelum ini, majlis perkahwinan Janna menerima kecaman segelintir pihak kerana menjemput pendakwah bebas, Ustaz Wadi Anuar ke majlis perkahwinannya pada 10 Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: β€œMinta Maaf Itu Kelalaian Saya” – Isu Kehadiran Ustaz Wadi Di Majlis Perkahwinan, Ini Respons Janna Nick!

Written by: Aqilah


Previous post