
Susulan isu Kampung Sungai Baru, Kampung Baru yang kembali hangat diperkatakan, Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Abdul Ghani akan mengadakan sidang media khas minggu depan bagi menjelaskan perkara itu.
Johari yang juga menteri perladangan dan komoditi berkata, pihak yang berkaitan iaitu penduduk kampung dan NGO akan turut diundang menghadiri sidang media itu.
“Saya akan adakan satu sidang media khas supaya semua orang faham, NGO yang datang ke sini, sebenarnya mereka tidak faham. Jadi saya akan jelaskan betul-betul supaya kedua-dua pihak faham.
“… Saya nak jelaskan daripada mula sampai akhir,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Perladangan dan Komoditi Parlimen Titiwangsa di Kampung Baru.
Projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru melibatkan rumah flat dan teres menimbulkan polemik…