
Dalam pasaran kerja yang berkembang pesat hari ini, konsep ‘side hustle’ menjadi pilihan ramai. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘side hustle’? Ia adalah pekerjaan tambahan yang dilakukan di samping pekerjaan utama.
Golongan milenial dan Gen Z tidak lagi yakin bahawa pendapatan dari pekerjaan harian mereka dapat menampung gaya hidup mereka.
Kebanyakannya mula meneroka pelbagai peluang lain untuk menjana pendapatan sampingan. Mereka juga percaya dengan minat dan kemahiran yang dimiliki, mereka mampu menjana pendapatan sampingan dan memperoleh kehidupan yang lebih baik.
Kemajuan ekonomi digital
Kemunculan platform dalam talian seperti Fiverr dan Jooble membuka peluang pendapatan kepada yang inginkan keseimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan. Platform ini menawarkan fleksibiliti, disamping kebebasan yang diidamkan.
Kewujudan pasaran maya telah membuka peluang untuk menghasilkan pendapatan sampingan dengan…