
PETALING JAYA: Pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan dilaksanakan secara paksa, kata Teresa Kok.
Ahli Parlimen DAP berkata, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan dan beban kepada perniagaan kecil.
“Pengenalan pensijilan halal secara wajib akan menambah kos pentadbiran. Walaupun banyak restoran tidak menyediakan daging babi atau alkohol, mereka tidak memohon pensijilan halal termasuklah ribuan pengusaha restoran kecil Melayu,” kata Ahli Parlimen Seputeh dalam kenyataan.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengkaji cadangan…