

Ramai ibu bapa mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ sebelum mendaftarkan anak berusia enam tahun ke Tahun 1, menyebabkan kadar pendaftaran bagi sesi 2027 jauh lebih rendah daripada unjuran.

Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Mohamad Ali Hassan, berkata keadaan itu berlaku kerana ibu bapa masih ragu terhadap kesiapsiagaan sekolah, terutama dari segi bilik darjah, jumlah murid dalam kelas dan kecukupan guru.
Beliau tidak terkejut dengan perkembangan itu memandangkan ini kali pertama Kementerian Pendidikan (KPM) memperkenalkan kemasukan ke Tahun 1 pada usia enam tahun.
Katanya, ramai ibu bapa mempunyai pelbagai persoalan mengenai kesediaan sekolah menerima pertambahan murid, selain mahu memastikan suasana pembelajaran anak mereka tidak terjejas.
“Antara perkara…