Pempengaruh dan usahawan, Yaana Lee meluahkan rasa kecewa apabila set barang kemas bernilai RM180,000 miliknya hilang ketika pulang dari mengerjakan ibadah umrah pada Sabtu.
Artikel Berkaitan: Netizen Kagum Yaana Lee Gigih Jual Tiramisu – ‘Inilah Pemikiran Orang Kaya, Sudah Untung Juta-Juta Tapi Masih Berniaga’
Artikel Berkaitan: Usahawan Yaana Lee Dakwa Suami Suka Follow IG Wanita Seksi – ‘Gaduh Fasal Ini Masa Pergi Umrah, Tapi Tiada Effort Berubah’
Cecah RM180,000
Menerusi Instagram (IG), pengusaha jenama pakaian Leeyanarahman memaklumkan dia mula menyedari mengenai kehilangan barang kemas sewaktu membuka bagasi ketika baru tiba di kediamannya.
Saya bawa barang kemas penuh satu bekas ini ketika menunaikan umrah.
Sampai ja rumah semalam, buka ‘luggage ‘terus nampak bekas ini dulu.
Padahal masa ‘packing’ bekas ini berada di bahagian zip. Saya sorok dalam-dalam bekas ni.
Bila nak ‘unpack’ barang, bekas ini berada di paling atas.
Mengakui kesilapannya kerana membawa…