Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sim bantu 7 sekeluarga tinggal dalam kereta

today22 December 2024

Background


Tujuh sekeluarga terpaksa tinggal di dalam kereta kerana ditipu tuan rumah sewa mereka, sebelum dibantu oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim. (Gambar Facebook)

BUKIT MERTAJAM: Keperitan tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas ditipu tuan rumah mendapat perhatian Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim yang membantu menyediakan rumah dan mendapatkan pekerjaan buat si bapa.

Menerusi perkongsian di Facebook, Sim yang juga menteri sumber manusia berkata, ketua keluarga itu, yang dikenali sebagai Hilmi, sebelum ini seorang pemandu lori dan mahu membawa keluarganya berpindah dari Kelantan ke Pulau Pinang termasuk menyewa rumah yang lebih selesa untuk mereka.

Malangnya, menurut Sim, mereka ditipu tuan rumah dan dihalau meskipun deposit sewa telah dibayar.

“Maka dari situ, bermulalah kisah derita keluarga muda ini. Mereka tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta usangnya. Bumbung ada, cermin tingkap tiada, malah cermin belakang pun dah pecah. Nak baiki tidak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post