
GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Pulau Pinang, Steven Sim, menepis dakwaan wujudnya puak-puak dalam parti itu susulan pemilihan kepimpinan peringkat kebangsaan baru-baru ini, sambil menegaskan bahawa DAP kekal bersatu dan matang.
“Tiada musuh dalam DAP. Kita semua rakan seperjuangan, semua ahli parti dan satu keluarga,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang.
Sim berkata barisan kepimpinan baharu menyaksikan pemimpin dari Pulau Pinang diberi kepercayaan memegang jawatan peringkat kebangsaan, termasuk dirinya dan Ramkarpal Singh sebagai timbalan setiausaha agung serta Kasthuri Patto sebagai setiausaha antarabangsa.
Rabu lalu, bekas pemimpin DAP Pulau Pinang, P Ramasamy mendakwa kemenangan Gobind Singh Deo dalam pemilihan hujung minggu lalu adalah sebahagian daripada “muslihat…