
KUALA LUMPUR: Dua rakan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas dua pertuduhan menyimpan 50 unit sumbu badak sumbu, hidupan liar dilindungi tanpa permit khas, tiga tahun lalu.
Mohamad Sukry Wahab, 29, dan Muhammad Hafiszan Naser, 29, selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, mereka didakwa bersama-sama menyimpan tanpa permit khas 49 unit sumbu ‘square-lipped rhinoceros’ (Ceratotherium simum) dan satu unit sumbu ‘black rhinoceros’ (Diceros bicornis) iaitu hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dalam lori di tepi jalan, bulatan masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 9.15 malam, 9 Sept 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 68(1)(b)…