Hot FM

Sindiket edar dadah di Johor tumpas, 3 termasuk warga asing ditahan



Polis berkata, pihaknya merampas syabu, ketamin dan pil erimin 5 yang boleh digunakan seramai 77,280 penagih dadah di Johor. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Tiga termasuk seorang warga asing dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah di Johor ditahan dalam tiga serbuan berasingan, pada Selasa.

Ketiga-tiga suspek berusia 32 hingga 49 tahun ditahan selepas polis menemui pelbagai dadah dan menyita aset bernilai kira-kira RM1.1 juta.

Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat berkata serbuan yang dijalankan pada pukul 11.15 pagi di sekitar Iskandar Puteri dan Pekan Nanas, Pontian, berjaya merampas pelbagai dadah termasuk syabu, ketamin dan pil erimin 5 yang dianggarkan boleh digunakan seramai 77,280 penagih dadah.

“Modus operandi sindiket yang mula aktif sejak Mac lalu ialah menyewa pangsapuri mewah ‘gated and guarded’ untuk dijadikan tempat penyimpanan dadah.

“Turut disita ialah aset sindiket tersebut yang dianggarkan bernilai RM463,598 melibatkan wang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version