Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sindiket edar ‘jus dadah’ tumpas

today24 September 2024

Background


Sindiket pengedaran jus dadah yang dipercayai baru bergiat aktif ditumpas polis semalam. (Gambar Facebook)

GEORGE TOWN: Polis menumpaskan sindiket pengedaran jus dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) dan pelbagai jenis dadah lain susulan penahanan seorang lelaki tempatan semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Hamzah Ahmad, berkata suspek berusia 26 tahun itu ditahan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Pulau Pinang di Jelutong kira-kira 4.25 petang.

Pemeriksaan ke atas suspek menemukan 11 peket plastik pelbagai warna disyaki dadah jenis serbuk jus (MDMA) anggaran berat 259 gram bernilai RM3,300; dan sepeket plastik lutsinar mengandungi ketamin seberat 12 gram bernilai RM2,400.

“Susulan tangkapan itu pada hari sama, polis kemudian menyerbu sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan jus minuman MDMA di kawasan Jelutong.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah, polis merampas 1,134 peket plastik pelbagai warna dan 10 balang plastik lutsinar berpenutup dengan setiap satu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post