
Polis memburu suspek yang menconteng dinding di lapang sasar dengan mesej ugutan terhadap Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat.
Terdahulu tular di media sosial gambar berbaur ugutan terhadap Yusoff menerusi contengan cat merah ‘Jangan lari Dato Kopi’ di Lapang Sasar Polis Kontinjen Kelantan pada 22 Dis lalu, lapor Utusan Malaysia.
Yusoff berkata beliau tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh sindiket yang terkesan dengan ketegasannya dalam membendung jenayah di negeri ini.
“Berpandukan kepada tulisan pada dinding dan ayat yang digunakan, saya tidak menolak ia dilakukan oleh sindiket serta sudah dirancang lebih awal,” katanya.
“Saya harap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara ini supaya tampil membantu pihak polis,” katanya
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: