Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sindiket jual bayi: 2 pegawai JPN ditahan SPRM

today8 June 2023

Background


Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Zamri Misman berkata dua pegawai itu berkomplot mengeluarkan sijil kelahiran dan MyKid.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Zamri Misman mengesahkan dua pegawai JPN antara individu ditahan SPRM kerana disyaki berkomplot dengan sindiket jual bayi.

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan bahawa dua pegawai jabatan itu, merupakan antara beberapa individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sekitar Lembah Klang semalam, kerana disyaki berkomplot dengan sindiket jual bayi.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Zamri Misman dalam kenyataan berkata dua pegawai JPN yang ditahan SPRM itu, disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket pengeluaran sijil lahir dan MyKid.

Beliau berkata ia hasil kerjasama strategik antara JPN dan SPRM, dengan JPN berkongsikan hasil risikan dalaman yang dilakukan kepada SPRM, yang membawa kepada penahanan pegawai terbabit.

“Jabatan akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM, bagi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post