
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pelaburan kripto tidak wujud dalam talian hasil serbuan di dua premis di sebuah kondominium di Ayer Keroh, semalam.
Lima lelaki berusia 17 hingga 33 tahun ditahan dalam operasi kira-kira 3.30 petang itu, terdiri daripada empat warga tempatan dan seorang warga China.
“Premis itu dipercayai dijadikan pusat panggilan bagi menjalankan aktiviti penipuan pelaburan secara dalam talian dan semua suspek dipercayai berperanan sebagai khidmat pelanggan bagi sindiket tersebut.
“Siasatan awal juga mendapati sindiket ini telah beroperasi sejak Nov 2025 dengan menyasarkan warga Taiwan sebagai mangsa,” kata Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit, dalam kenyataan.
Polis turut merampas pelbagai peralatan termasuk komputer, telefon bimbit dan peralatan rangkaian dianggar berjumlah RM40,000.
Semua…