Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sindiket menyamar polis, anggota pusat scam kebangsaan tumpas di Miri

today12 January 2025

Background


Alexson Naga Chabu
Ketua Polis Miri Alexson Naga Chabu, berkata sindiket menyamar pegawai polis dan anggota Pusat Respons Scam Kebangsaan dipercayai beroperasi sejak Nov tahun lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis berjaya menumpaskan dua sindiket penipuan merekrut keldai akaun dan menyamar pegawai polis dan anggota Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC), dalam dua serbuan berasingan di Miri.

Ketua Polis Miri Alexson Naga Chabu, berkata dalam serbuan pada 8 dan 10 Jan itu, seramai 11 individu termasuk seorang wanita ditangkap.

Katanya, dalam serbuan pertama di pusat komersial Boulevard, dua lelaki tempatan berusia 34 dan 46 tahun ditahan dipercayai merekrut orang ramai sebagai keldai akaun.

“Polis turut merampas sebuah kereta, tujuh telefon pintar pelbagai jenama, 44 kad ATM, 29 kad sim, dua beg dan wang tunai berjumlah RM32 serta buku nota mengandungi nombor akaun bank,” katanya menurut Bernama pada sidang media di Miri.

Alexson berkata, dalam serbuan kedua Jumaat lalu, polis menahan sembilan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post