

Jabatan Imigresen (JIM) menumpaskan satu lagi kegiatan pemalsuan data dan dokumen pekerja asing menerusi pelaksanaan Op Serkap, hasil risikan serta pemantauan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban berkata, serbuan di dua premis kediaman di Selayang dan Desa Petaling itu membongkar taktik licik sindiket yang cuba memanipulasi sistem imigresen serta mencabar integriti pengurusan warga asing negara.
“Siasatan awal mendapati modus operandi sindiket ini melibatkan pengubahsuaian ke atas dokumen tulen JIM seperti ePASS dan mengeluarkan pelekat palsu untuk digunakan oleh pihak lain bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan.
Zakaria berkata, sindiket itu juga menyediakan dokumen pendaftaran perkahwinan dan laporan perubatan bagi tujuan…