
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menumpaskan satu sindiket pelacuran ‘outcall girl’ dengan penahanan 49 warga asing serta tiga lelaki tempatan yang dipercayai bertindak sebagai transporter dan penjaga premis, dalam tiga serbuan di sekitar ibu negara, Jumaat lepas.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Jafri Embok Taha berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 32 wanita warga Indonesia, 13 wanita warga Thailand, tiga wanita warga Vietnam dan seorang lelaki Afghanistan, berumur lingkungan 18 hingga 36 tahun.
“Sindiket ini yang dipercayai telah beroperasi selama setahun ini dengan mempromosikan wanita warga asing dengan menggunakan gambar mereka melalui aplikasi Telegram dan WhatsApp.
“Wanita yang dipilih akan diuruskan penghantarannya ke hotel atau tempat yang…