
KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi, selepas menahan tiga lelaki tempatan dan 13 kru kapal warga asing di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang, Johor pada Khamis lepas.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Hazani Ghazali berkata serbuan yang dilakukan pihaknya bersama Unit Risikan Marin, Pasukan Polis Marin Wilayah Dua itu, berjaya merampas 138,270 liter diesel bersubsidi.
Beliau berkata turut dirampas antaranya sebuah lori tangki minyak, sebuah kapal kargo minyak, dua pam “flow meter”, dua pam minyak, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM20.6 juta.
“Polis sentiasa komited untuk bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, dalam memerangi penyelewengan barangan kawalan…