
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mahu ‘laporan menyeluruh’ daripada pihak berkuasa susulan laporan dakwaan pegawai kanan kerajaan terlibat dalam sindiket membekalkan pekerja asing Bangladesh ke Malaysia.
Pada Isnin, Dhaka Tribune melaporkan bahawa agensi antirasuah Bangladesh sedang menyiasat sindiket diketuai oleh empat bekas Ahli Parlimen daripada kerajaan terdahulu yang menghantar kira-kira 450,000 pekerja ke Malaysia dalam tempoh satu setengah tahun.
Laporan itu menyebut sindiket melibatkan pegawai kanan kerajaan Malaysia dan Bangladesh itu didakwa menggelapkan RM8.9 bilion dalam proses menghantar pekerja ke Malaysia, dengan ramai daripada mereka pulang semula ke negara asal apabila tidak dapat mencari pekerjaan.
“Saya akan meminta pihak berkuasa yang berkaitan…