Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sindiket vape bayar penguat kuasa sampai RM6,000 sehari

today23 January 2025

Background


tahanan vape
Azam Baki berkata, kira-kira 20 buah lori sehari sindiket penyeludupan vape dilepaskan di Zon Perdagangan Bebas (FCZ) KLIA.

PETALING JAYA: Anggaran RM4,000-RM6,000 sehari rasuah disyaki dibayar sindiket kepada pegawai penguat kuasa untuk melepaskan lori seludup vape di Zon Perdagangan Bebas (FCZ) KLIA, kata Azam Baki.

Ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, jumlah rasuah itu bergantung kepada jenis lori dilepaskan iaitu RM150 bagi lori satu tan, lori tiga tan (RM300), lori lima tan (RM500), manakala bayaran RM750 dikenakan untuk kenderaan lima tan ke atas.

“Kekerapan lori pelbagai jenis itu akan keluar dari FCZ KLIA ialah kira-kira 20 buah lori sehari, dengan anggaran nilai rasuah yang diberikan sekitar RM4,000 hingga RM6,000 sehari,” katanya menurut Bernama.

Azam berkata, SPRM percaya sindiket terbabit aktif menjalankan aktiviti penyeludupan rokok elektrik itu sejak 2023.

Semalam, media melaporkan 14 individu termasuk enam pegawai kastam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post