Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Singapura memulakan kempen Kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 dengan bergaya apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan Myanmar 3-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional, sebentar tadi.
Beraksi di hadapan penyokong sendiri jelas meningkatkan moral anak buah Tatsuma Yoshida yang beraksi dengan baik walaupun Myanmar turut menjelmakan semangat juang tinggi berikutan kehilangan 14 orang pemain disebabkan wabak COVID-19.
Myanmar bermula baik dengan melancarkan serangan berbahaya tetapi rembatan Suan Lam Mang dinafikan penjaga gol berpengalaman Singapura, Hassan Sunny pada minit keenam.
Pasukan tuan rumah selepas itu bangkit untuk meningkatkan momentum permainan dan hampir mendapatkan jaringan pendahuluan pada minit ke-14.
Keadaan itu berpunca daripada lorongan cantik Song Ui-young yang mencari Faris Ramli untuk membolehkan bekas pemain import PKNS FC dan Terengganu itu hanya…