
Pihak berkuasa Singapura mengenalpasti tiga warga asing termasuk dua pemimpin PAS yang didakwa cuba mempengaruhi PRU negara itu yang bakal berlangsung pada 3 Mei ini.
Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Pilihan Raya Singapura dalam satu kenyataan berkata pihak berkuasa mengesan beberapa hantaran di media sosial oleh warga asing yang menyentuh urusan politik negara itu.
Katanya, antara warga asing itu adalah Bendahari PAS, Iskandar Abdul Samad, Ketua Pemuda PAS Selangor Mohamed Sukri Omar dan seorang warga Australia, Zulfikar Mohamad Shariff yang melepaskan kewarganegaraan Singapura pada 2020.
“Menurut Akta Pilihan Raya Parlimen, warga asing dilarang sama sekali untuk terlibat dalam sebarang aktiviti berkaitan pilihan raya, termasuk menerbitkan iklan pilihan raya secara dalam talian.
“Campur tangan asing dalam politik…