Site icon Hot FM

Singapura Kesan ‘Kopi Penumbuk’ Buatan Malaysia Mengandungi Ubat Tadalafil


Menurut SFA lagi, penggunaan Tadalafil yang tidak wajar adalah berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kesan sampingan serius.

Hal ini termasuklah risiko serangan jantung, strok, sakit kepala, migrain, degupan jantung tidak teratur serta priapisme.

Bukan itu sahaja, ia juga boleh menimbulkan risiko serius kepada individu tertentu, terutama mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung.

“Ia boleh menyebabkan tekanan darah rendah yang boleh mengancam nyawa individu yang mengambil ubat jantung, terutama yang mengandungi nitrat,” katanya.

Untuk makluman, penjualan makanan yang tidak selamat tidak dibenarkan bawah Seksyen 15 Akta Jualan Makanan Singapura.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih S$5,000 (S$1=RM3.30) dan dalam kes sabitan kedua atau seterusnya, denda tidak lebih S$10,000 atau penjara tidak lebih tiga bulan, atau kedua-duanya sekali.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version