Bijan hitam seberat 38,400kg itu dirampas selepas ujian sampel penghantaran mengesan 0.06 bahagian per juta (ppm) fosfin, melebihi had 0.01 ppm dibenarkan.

TAIPEI: Satu penghantaran biji bijan hitam kering dari Malaysia dirampas di sempadan Taiwan baru-baru ini selepas didapati mengandungi sisa racun perosak berlebihan, Agensi Berita Pusat (CNA) Taiwan memetik Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan negara itu ( TFDA) pada Selasa.
Bijan hitam seberat 38,400kg itu dirampas selepas ujian sampel penghantaran yang dihantar untuk pemeriksaan pada 15 Dis lepas mengesan 0.06 bahagian per juta (ppm) fosfin, melebihi had yang dibenarkan iaitu 0.01 ppm.
TFDA berkata produk itu telah dikembalikan ke negara asal atau dimusnahkan.
Dalam sidang media, Timbalan Ketua Pengarah TFDA Lin Chin-fu berkata…