Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Sissy Imann Speechless, Air Mata Gugur Lepas Dengar Kritikan Mas Idayu Di Famili Duo

today23 January 2023

Background

Penyanyi Sissy Imann bagai kehilangan kata-kata selepas diminta mengulas mengenai persembahan di minggu keenam program Famili Duo.

Menyampaikan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini dalam versi keroncong, Sissy yang bertanding bersama sepupunya, Naim Daniel gagal menahan air mata selepas menerima kritikan Mas Idayu selaku juri tetap.

@xtra_my Persembahan kontroversi malam ni! Apa pun min puji semangat @sissyimann @naimdanielx semoga terus semangat melangkah okay? πŸ’– Strim LIVE HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3! #xtramy #familiduotv3 ♬ original sound – XTRA

β€œPertama sekali, saya minta maaf…” kata Sissy yang tidak meneruskan ucapannya kerana sebak.

Dalam pada itu, Naim mengucapkan terima kasih kerana menerima sokongan orang ramai selain mengakui Sissy memberikan komitmen terbaik sepanjang saingan program Famili Duo berlangsung.

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

β€œAlhamdulillah, terima kasih dengan semua komen. Ini program hiburan untuk keluarga. Saya harap semuanya kekal terhibur. Saya dan Sissy percaya, apa sahaja yang kami cuba, kita cuba untuk bereksperimentasi.

β€œSekali lagi terima kasih untuk semua yang menyokong. Terutamanya Sissy sebab saya tahu dia memberikan banyak kesungguhan untuk pertandingan ini. Ya, Insya-Allah kita akan cuba lagi pada masa akan datang,” kata Naim.

Dalam persaingan minggu keenam, Sissy dan Naim meraih tempat keenam dengan 48.7 markah.

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

Written by: Aqilah


Previous post