
Sistem pemintas pesawat tanpa pemandu (C-UAS) atau antidron yang bakal diterima daripada Jepun akan ditempatkan di beberapa lokasi strategik, termasuk Sepanggar dan Labuan.
Menteri Pertahanan, Khaled Nordin, berkata sistem yang dibekalkan menerusi program Bantuan Keselamatan Rasmi Jepun itu bertujuan memperkukuhkan keupayaan negara berdepan ancaman serangan dron.
“Seperti yang sering saya tegaskan, kita adalah negara maritim. Kita mempertahankan wilayah daratan, tetapi pada masa sama mesti melindungi keseluruhan domain maritim negara.
“Kita juga sedia maklum Laut China Selatan adalah kawasan bertindih tuntutan wilayah, terutama membabitkan China, Vietnam dan Filipina.
“Justeru, kita mesti memastikan keupayaan untuk mengekalkan kawalan ke atas domain…